Involve Asia Terbukti Membayar Perserta Program Affiliate Mereka
Salam kepada pembaca blog saya. Dan salam kepada peminat peminat buat duit online yang salah satunya adalah dari program affiliate. Apa khabar anda semua? Anda seorang blogger? Berjaya membuat hasil dan income pendapatan dari program buat duit online yang anda sertai? Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda akan payment pembayaran yang saya sudah terima dari pihak Involve Asia. Dan bukanlah tujuan saya untuk menunjuk nunjuk. Tetapi ianya adalah bukti yang program affiliate kendalian Involve Asia tidak menipu dan mereka memang membayar peserta yang sertai program affiliate mereka.
Kalau anda ikuti perkembangan blog saya ini. Saya sebelum ini ada menulis tentang pendapatan yang saya terima melalui Involve Asia. Kalau anda belum membacanya, sila baca di sini – [ Komisen Involve Asia ]. Di artikel berkenaan saya berkongsi dengan anda akan sedikit pengalaman saya buat duit dengan affiliate Involve Asia dan berapakah duit komisen yang saya dapat setiap bulan. Anda boleh lihat perkembangannya setiap bulan. Dan pada kali ini saya berhasrat untuk berkongsi dengan anda tentang komisen yang mereka bayar pula.

Bayaran komisen Involve Asia yang saya terima
Involve Asia Transfer Duit Komisen Ke Akaun Bank
Saya telah mendapat notifikasi dari email tentang adanya transaksi pembayaran wang yang masuk ke akaun CIMB bank saya. Dan jumlah tersebut adalah sebanyak RM125. Nampaknya pihak Involve Asia memang sudah membuat bayaran kepada saya dan ianya adalah bukti kepada anda yang masih ragu ragu untuk buat income internet bersama mereka. Kepada anda yang masih kurang jelas tentang apakah Involve Asia ini, saya jelaskan secara ringkas di bawah ini.
Involve Asia adalah sebuah website yang berbentuk marketplace yang menawarkan program buat duit online melalui program Affiliate. Anda semua tahu yang anda boleh buat income dengan website Lazada Malaysia melalui program affiliate mereka betul? Bagaimana kalau ada banyak lagi website seperti Lazada ini di Malaysia yang boleh anda sertai program affiliate mereka. Kalau ada 10 website, susahlah anda kena daftar dan register ke semua website satu persatu betul?

Komisen Involve Asia yang saya terima pada bulan April 2017
Jadi dengan Involve Asia, dengan satu login sahaja, anda boleh akses dan promosi berpuluh puluh laman website online shopping yang ada menawarkan program affiliate dengan mudah. Mudah cerita, dengan satu username dan password sahaja, anda boleh promote barang barang seperti di Lazada, Zalora, Reebonz, Trivago dan sebagainya. Jadi anda berminat? Saya sudah mula. Anda bila lagi. Jom dapatkan lebih banyak duit lagi di Involve Asia ini. Jom daftar sekarang juga. Bye

Tiada ulasan:
Catat Ulasan